PENGENALAN

Perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah S.A.W mencatatkan bahawa masyarakat yahudi dan kristian ketika itu hidup aman dan damai di Madinah Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam. Kesan keadilan Islam inilah kelompok Islam yang awalnya minoriti menjadi majoriti apabila kaum bukan Islam beramai-ramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji penganut-penganutnya.

Bagi Malaysia, perpaduan menjadi keutamaan yang tinggi untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni yang mana dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum,budaya serta agama. Kepentingan ini semakin terserlah apabila isu perkauman sering diperkatakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat. Perpaduan sesama masyarakat Islam dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 103 yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah ( agama Islam ) dan janganlah kamu bercerai-berai”.

     Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dalam kontek ini, pelajar juga berperanan mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Selain itu, boleh dimantapkan lagi dengan melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti saling menyayangi dan bersikap toleransi. Apabila berlaku sesuatu perbalahan antara kaum, pihak bertanggungjawab terutamanya kerajaan mestilah mengambil langkah  yang sewajarnya agar bibit-bibit persengketaan dapat dibendung dengan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan