ISI KANDUNGAN


OBJEKTIF
ü  Mengeratkan hubungan silaturrahim walaupun berbeza kaum.

ü  Dapat memupuk dan menyemai perpaduan di negara ini.

ü  Menunjukkan teladan yang baik agar dapat mencontohi nilai-nilai murni yang baik.

ü  Berbudi bahasa dan menjaga pergaulan sesama bangsa

1.       Peranan pertama yang perlu di pegang sebagai seorang pelajar seterusya sebagai seorang remaja ialah mereka sendiri menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sebaya.
·         Dalam hubungan ini, setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya. Mereka mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya dan agama. Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan-rakan. 
2.       Di samping itu mereka perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain.
·         Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak. Oleh yang demikian, remaja perlu menjadi suri teladan untuk memupuk semangat perpaduan.
3.       Selain itu, sebagai seorang pelajar dan remaja juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.
·         Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan. Sebagai contoh, tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu, remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Jadi remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.
4.       Selanjutnya, sebagai seorang remaja dan pelajar juga hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.
·         Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini. Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif. Mereka juga perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini dapat diamalkan oleh semua remaja dan juga pelajar, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh. 
5.     Golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara.
·         Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam matapelajaran sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.



Video diatas menunjukkan peranan pelajar dalam mewujudkan perpaduan melalui integrasi budaya

Video diatas menunjukkan pendidikan memupuk perpaduan di malaysia.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan