PENGHARGAAN

      Melalui peluang keemasan ini,kami ingin merakamkan jutaan terima-kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Komunikasi dan Penyiaran dalam islam kami iaitu Ustaz Mohd Zuky Bin Hanafi kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyelesaikan tugasan yang telah diberikan sehingga terhasilnya sabuah blog kami sendiri yang bertajuk Peranan pelajar dalam mewujudkan perpaduan melalui integrasi budaya.

Selain itu,kami juga ingin mengucapkan terima-kasih kepada pensyarah-pensyarah kerana telah membantu kami dan memberikan tunjuk ajar dari segi penghasilan blog,bahkan dalam mencari maklumat untuk menghasilkan blog ini.Selain itu, mereka juga telah membantu  dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat khususnya dalam penghasilan blog.

Kami juga ingin mengucapkan terima-kasih kepada pihak pengurusan perpustakaan kerana telah membenarkan kami menggunakan peralatan perpustakkan seperti penggunaan komputer di perpustakaan,pengunaan bahan bacaan dan lain-lain.Malah perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pengurusan perpustakaan sangat bagus dan menyenangkan serta memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sentiasa menbantu dan memberikan dorongan ketika penghasilan blog ini dilakukan.Malah mereka tidak keberatan untuk berkongsi maklumat dan menghulurkan bantuan kepada kami.

Selain itu,terima-kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana membantu dan menyokong kami dari segi kewangan walaupun kewangan tidak lah banyak digunakan.Akhir lata terima-kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam tugasan kami ini.Sekian wabilahitaufiqwalhidayah assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan