KESIMPULAN

Remaja dan juga pelajar bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarkat khususnya generasi muda. Semua pihak hendaklah bersinergi umpama aur dengan tebing untuk merealisasikan wawasan dan gagasan besar negara. Kita tidak mahu generasi muda hari ini mengabaikan peranan mereka untuk memupuk perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak. Iltizam dan kesungguhan remaja dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua negara yang bersatu padu, aman, maju dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Cadangan

1. Mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah.
2. Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan.
3. Memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan semasa di sekolah tanpa mengira kaum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan